Malaysia legislation

Section 23

of AKTA WASIAT 1959

Seksyen 23

Devis atau bekues harta kepada pemegang amanah atau wasi

Jika apa-apa harta didevis atau dibekues kepada mana-mana pemegang amanah atau wasi, devis atau bekues itu hendaklah ditafsirkan sebagai melepaskan tanpa menerima apa-apa atau mendapat apa-apa kelebihan kepada keseluruhan harta pusaka atau kepentingan dalam harta itu yang pewasiat itu mempunyai kuasa untuk melupuskan melalui wasiat melainkan jika suatu kepentingan yang lebih kecil mengenai harta benda itu diberikan kepadanya secara nyata atau secara tersirat.