Malaysia legislation

Section 24

of AKTA WASIAT 1959

Seksyen 24

Devis atau bekues harta kepada pemegang amanah tanpa batasan

Jika apa-apa harta dideviskan atau dibekueskan kepada seseorang pemegang amanah, tanpa apa-apa batasan nyata bagi harta pusaka untuk diambil oleh pemegang amanah itu, dan kepentingan

Wasiat 15

benefisial mengenai harta itu, atau mengenai lebihan sewaan dan keuntungannya, tidak boleh diberikan kepada mana-mana orang bagi seumur hidup, atau kepentingan benefisial itu hendaklah diberikan kepada mana-mana orang untuk seumur hidup, tetapi maksud bagi amanah boleh diteruskan di luar hayat orang itu, devis atau bekues itu hendaklah ditafsirkan untuk terletak hak pada atau diserah kepada pemegang amanah itu melepaskan tanpa menerima apa-apa, atau mendapat apa-apa kelebihan kepada keseluruhan harta pusaka yang sah atau kepentingan dalam harta benda itu yang pewasiat mempunyai kuasa untuk melupuskan melalui wasiat, dan bukannya suatu harta pusaka yang boleh ditamatkan apabila maksud amanah itu dipenuhi.

Devis atau bekues kepada anak-anak atau zuriat lain yang meninggalkan zuriat yang hidup pada masa kematian pewasiat tidak boleh luput