Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Jika mana-mana orang, yang merupakan seorang anak atau zuriat lain bagi pewasiat itu, yang kepadanya apa-apa harta hendaklah dideviskan atau dibekueskan bagi apa-apa harta pusaka atau kepentingan yang tidak ditentukan pada atau sebelum kematian orang itu meninggal dunia semasa hayat pewasiat itu yang meninggalkan zuriat, dan mana-mana zuriat bagi orang itu masih hidup pada masa kematian pewasiat itu, devis atau bekues itu tidaklah luput, tetapi hendaklah berkuat kuasa seolah-olah kematian orang itu telah berlaku sebaik selepas kematian pewasiat itu, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan melalui wasiat itu.