Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Wasiat terlindung bagi askar, askar udara dan kelasi
(2)
Bagi maksud seksyen ini, suatu wasiat terlindung ertinya apa-apa perisytiharan atau disposisi, lisan atau bertulis, yang dibuat oleh atau atas arahan pewasiat itu yang menjelmakan niat pewasiat yang dihasratkannya untuk dijalankan atau kepada penjagaan, jagaan dan tuisyen seseorang anak atau untuk menjalankan suatu kuasa pelantikan.
(3)
Suatu perisytiharan boleh menjadi suatu wasiat terlindung yang sah walau pun ia tidak disempurnakan mengikut cara yang didapati diniatkan oleh pewasiat itu atau bahawa ia telah diniatkan oleh pewasiat itu kemudiannya untuk menyempurnakan suatu wasiat formal untuk memberi kuat kuasa kepada pemberian wasiatnya, melainkan jika didapati bahawa kegagalan untuk menyempurnakan perisytiharan itu mengikut cara sedemikian atau wasiat formal itu telah disebabkan oleh peninggalan oleh pewasiat itu terhadap niat wasiat yang dinyatakan melalui perisytiharan itu.
(4)
Seksyen 4, 5 dan 6 tidak terpakai bagi wasiat terlindung, dan juga tidak perlu bagi suatu wasiat terlindung bertulis ditandatangani oleh pewasiat itu.
(5)
Suatu wasiat terlindung selain suatu wasiat yang selain peruntukan seksyen ini sepatutnya menjadi sah di bawah Akta ini hendaklah menjadi batal apabila habis tempoh satu bulan selepas pewasiat itu yang masih hidup terhenti menjadi berhak untuk membuat suatu wasiat terlindung.
Wasiat yang disempurnakan di luar negara