Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
Suatu wasiat yang disempurnakan di Malaysia oleh seorang warganegara (walau apa pun domisil orang itu pada masa membuat wasiat itu atau pada masa kematiannya) hendaklah berkenaan dengan harta alih dan harta tak alih yang terletak di Malaysia disifatkan sebagai suatu wasiat yang disempurnakan bagi maksud diterima sebagai probet di Malaysia jika ia disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki oleh Akta ini.