Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
Pentafsiran wasiat
(2)
Bagi maksud subseksyen
(1)
, suatu wasiat yang disempurnakan semula, disiarkan semula atau dihidupkan semula melalui suatu kodisil hendaklah disifatkan telah dibuat pada masa wasiat itu disempurnakan semula, disiarkan semula atau dihidupkan semula.
(3)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1)
dan tertakluk pada Akta ini, seksyen 100 Akta Keterangan 1950
[Akta 56] hendaklah terpakai bagi pentafsiran semua wasiat yang dikehendaki ditafsirkan mengikut undang-undang
Malaysia seolah-olah perkataan “dalam Negeri-Negeri Selat atau mana-mana satu daripadanya” yang terdapat dalam seksyen itu telah ditinggalkan.