Malaysia legislation

Section 5

of AKTA WASIAT 1959

Seksyen 5

Cara penyempurnaan

(2)

Tiap-tiap wasiat hendaklah ditandatangani pada kaki atau di akhir wasiat itu oleh pewasiat itu atau oleh orang lain di hadapannya dan dengan arahannya; tandatangan itu hendaklah dibuat atau diakui oleh pewasiat sebagai tandatangan kepada wasiatnya di hadapan dua saksi atau lebih yang hadir pada masa yang sama, dan saksi-saksi itu hendaklah menandatangani wasiat itu di hadapan pewasiat itu, tetapi tiada bentuk pengakusaksian boleh diperlukan:

Dengan syarat bahawa tiap-tiap wasiat hendaklah, setakat yang hanya berkenaan dengan kedudukan tandatangan pewasiat itu, atau orang yang menandatangani baginya seperti yang disebut terdahulu, disifatkan sebagai sah di bawah seksyen ini jika tandatangan itu diletakkan pada atau selepas, atau yang berikutnya, atau di bawah, atau di sebelah, atau bertentangan di akhir wasiat itu, bahawa hendaklah nyata di atas muka wasiat itu bahawa pewasiat itu bermaksud untuk memberi kesan dengan tandatangannya yang sedemikian kepada tulisan yang ditandatangani sebagai wasiatnya;

dan tiada wasiat sedemikian boleh terjejas oleh hal keadaan—

(a)

bahawa tandatangan itu tidak mengikut atau sebaik selepas kaki atau di akhir wasiat itu;

(b)

bahawa suatu ruang kosong hendaklah mencelah di antara kata penutup wasiat itu dengan tandatangan itu;

(c)

bahawa tandatangan itu diletakkan dalam kalangan perkataan klausa testimoni atau klausa pengakusaksian, atau hendaklah mengikut atau selepas atau di bawah klausa pengakusaksian, sama ada dengan atau tanpa ruang kosong yang mencelah, atau hendaklah mengikut atau ada selepas, atau di bawah, atau di sebelah nama atau salah satu daripada nama saksi penandatangan;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 346

(d)

bahawa tandatangan itu hendaklah berada di suatu sisi atau halaman atau bahagian lain kertas itu atau kertas-kertas yang mengandungi wasiat itu yang padanya tiada klausa atau perenggan atau bahagian yang memindahkan wasiat itu boleh ditulis di atas tandatangan itu; atau

(e)

bahawa terdapat ruang yang cukup di atas atau di bawah sisi atau halaman yang sebelumnya atau bahagian lain daripada kertas yang sama yang di atasnya wasiat itu ditulis mengandungi tandatangan itu, dan sebutan satu persatu hal keadaan di atas tidaklah menyekat keluasan makna proviso ini; tetapi tiada tandatangan boleh dikuatkuasakan untuk memberi kesan kepada apa-apa pemindahan atau arahan yang di bawahnya atau yang mengikutnya, dan tiada ia memberi kesan kepada apa-apa pemindahan atau arahan yang dimasukkan selepas tandatangan itu dibuat.

Penyempurnaan pelantikan melalui wasiat