Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Seksyen 31q Akta ibu dipinda—
(a)
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan
“membatalkan dan menggantung pendaftaran”
dengan perkataan “membatalkan, menarik balik atau menggantung pendaftaran atau pengiktirafan”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Lembaga Pemantauan Audit boleh, pada bila-bila masa—
(a)
membatalkan atau menggantung pendaftaran;
atau
(b)
menarik balik atau menggantung pengiktirafan, seseorang juruaudit jika—
(A)
terdapat alasan yang membolehkan Lembaga
Pemantauan Audit menolak sesuatu permohonan di bawah subseksyen 31p(1) atau (1a); atau
(B)
juruaudit itu melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Lembaga Pemantauan
Audit berkenaan dengan pendaftarannya atau pengiktirafannya di bawah Bahagian ini.”;
(c)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Jika Lembaga Pemantauan Audit berhasrat untuk—
(a)
membatalkan atau menggantung pendaftaran;
atau
(b)
menarik balik atau menggantung pengiktirafan, di bawah subseksyen (1) atau (2), ia hendaklah memberi juruaudit tersebut suatu peluang untuk didengar dengan
Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)
15
menyampaikan suatu notis bertulis kepada juruaudit berkenaan yang menyatakan alasan bagi pembatalan, penarikan balik atau penggantungan itu.”;
(d)
dengan memotong subseksyen (4); dan
(e)
dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:
“(5)
Bagi maksud Bahagian ini, seseorang juruaudit yang pendaftarannya telah dibatalkan atau digantung atau pengiktirafannya telah ditarik balik atau digantung, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan tidak didaftar atau diiktiraf sebagai juruaudit dari tarikh pembatalan, penarikan balik atau penggantungan itu berkuat kuasa atau apa-apa tarikh lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga
Pemantauan Audit.”.
Pindaan seksyen 31r