Malaysia legislation

Section 24

of AKTA SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN) 2011

Seksyen 24

Seksyen 31zd Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Walau apa pun seksyen 31v dan 31w, Lembaga Pemantauan

Audit boleh, berkenaan dengan juruaudit yang diiktiraf, meminta bantuan daripada pihak berkuasa asing yang berkaitan untuk menjalankan pemeriksaan atau menyiasat ke dalam kelakuan seseorang juruaudit yang diiktiraf untuk menilai—

(a)

tahap pematuhan terhadap piawaian audit dan etika yang diterima pakai oleh pihak berkuasa asing yang berkaitan itu oleh juruaudit yang diiktiraf; dan

(b)

kualiti laporan audit yang disediakan oleh juruaudit yang diiktiraf itu yang berhubungan dengan penyata kewangan teraudit.”.

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

17

Pindaan seksyen 126