Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
“Keputusan Menteri atau Suruhanjaya adalah muktamad
(a)
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Keterangan lisan yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah boleh diterima sebagai keterangan prima facie jika orang yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa menyelia asing itu—
(a)
merekodkan keterangan lisan itu sama ada secara bertulis, dengan cara rakaman audio atau visual atau kombinasi kedua-duanya, mengesahkan dalam suatu afidavit bahawa keterangan lisan yang telah direkodkan itu adalah direkod daripada seseorang yang tahu akan hal keadaan kes itu dan perekodan keterangan lisan itu telah dibuat menurut undang-undang yang dikuatkuasakan atau ditadbirkan oleh pihak berkuasa menyelia asing itu; atau
(b)
memperoleh suatu afidavit yang disahkan oleh seseorang yang mengetahui hal keadaan kes itu.”; dan
(b)
dalam subseksyen (5), dengan memasukkan selepas perkataan
“diangkat sumpah” perkataan “atau disahkan”.
Seksyen baru 150b