Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498], yang disebut
(a)
dalam subseksyen 2(1)—
(i)
dengan memasukkan selepas takrif “bursa” takrif yang berikut:
‘ “bursa derivatif” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;’;
(ii)
dengan memotong takrif “bursa niaga hadapan”;
(iii)
dengan memasukkan selepas takrif “depositori pusat” takrif yang berikut:
‘ “derivatif” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007;’;
(iv)
dengan memotong takrif “kontrak niaga hadapan”;
(v)
dengan memotong takrif “pasaran niaga hadapan”;
dan
(vi)
dalam takrif “skim amanah saham”, dengan menggantikan perkataan “kontrak niaga hadapan”
dengan perkataan “derivatif”; dan
(b)
dengan memotong subseksyen 2(2).
Pindaan seksyen 15