Malaysia legislation

Section 30

of AKTA SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN) 2011

Seksyen 30

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 150a seksyen yang berikut:

“Kebolehterimaan pernyataan dan dokumen orang yang sudah mati atau tidak dapat dikesan, dsb.

Quoted provision

Seksyen 150b

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah undang-undang sekuriti—

(a)

apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Pegawai Penyiasat Suruhanjaya semasa sesuatu penyiasatan di bawah undang-undang sekuriti; dan

Undang-Undang Malaysia 20

Akta A1403

(b)

apa-apa dokumen, atau salinan apa-apa dokumen, yang disita daripada mana-mana orang oleh Pegawai

Penyiasat Suruhanjaya pada menjalankan kuasanya di bawah atau menurut kuasa undang-undang sekuriti, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah, jika orang yang membuat pernyataan atau dokumen itu atau salinan dokumen itu, atau orang yang daripadanya dokumen itu telah disita, sudah mati, atau tidak dapat dikesan atau ditemui, atau yang sudah menjadi tidak berupaya untuk memberikan keterangan, atau yang kehadirannya tidak dapat diperoleh tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat mahkamah tidak munasabah.”.

Pindaan seksyen 152a