Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 159 dengan seksyen yang berikut:
“159. (1) Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat untuk—
(a)
memberikan kesan sepenuhnya kepada peruntukan undang-undang sekuriti;
Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)
(b)
menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud undang-undang sekuriti; atau
(c)
melaksanakan selanjutnya, dengan lebih baik atau lebih mudah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat untuk memperuntukkan ketidakpakaian mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti ke atas mana-mana orang yang ditentukan atau mana-mana orang yang merupakan anggota suatu golongan orang yang ditentukan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan.”.
Seksyen baru 159a