Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Seksyen 31a Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan takrif “juruaudit” dengan takrif yang berikut:
‘ “juruaudit” ertinya seorang juruaudit perseorangan atau firma audit berdaftar atau diiktirafkan di bawah seksyen 31o sebagai juruaudit berdaftar atau juruaudit yang diiktiraf suatu entiti berkepentingan awam;’;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “juruaudit” takrif yang berikut:
‘ “juruaudit berdaftar” ertinya seorang juruaudit atau firma audit berdaftar di bawah seksyen 31o sebagai juruaudit suatu entiti berkepentingan awam;
“juruaudit yang diiktiraf” ertinya seorang juruaudit perseorangan asing atau firma audit asing diiktirafkan di bawah seksyen 31o sebagai juruaudit suatu entiti berkepentingan awam;’; dan
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “Pegawai Penyiasat”
takrif yang berikut:
‘ “pihak berkuasa asing yang berkaitan” ertinya suatu pihak berkuasa asing yang menjalankan fungsi yang bersamaan dengan Lembaga Pemantauan Audit seperti yang ditetapkan dalam seksyen 31b;’.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1403
Pindaan seksyen 31c