Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Seksyen baru 31ea
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 31e seksyen yang berikut:
“Lembaga Pemantauan Audit boleh menubuhkan jawatankuasa 31ea. (1) Lembaga Pemantauan Audit boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat untuk membantu dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen 31e(1).
(2)
Lembaga Pemantauan Audit boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
(3)
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam melaksanakan tanggungjawabnya, hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga Pemantauan Audit.
(4)
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)
(5)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.
(6)
Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (5) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga Pemantauan Audit.
(7)
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
(8)
Lembaga Pemantauan Audit boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa.
(9)
Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang dialamatkan kepada pengerusi eksekutif Lembaga Pemantauan
Audit.
(10)
Jawatankuasa hendaklah menyebabkan—
(a)
minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
(b)
salinan minit semua mesyuaratnya diserahkan kepada
Lembaga Pemantauan Audit seberapa segera yang boleh dilaksanakan.
(11)
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat jawatankuasa hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
(12)
Tiap-tiap mesyuarat jawatankuasa yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat menurut subseksyen
(10)
dan (11) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1403
(13)
Seseorang anggota jawatankuasa yang secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui anggota keluarganya, apa-apa kepentingan mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan oleh jawatankuasa hendaklah menzahirkan kepada jawatankuasa hakikat dan jenis kepentingannya.
(14)
Penzahiran di bawah subseksyen (13) hendaklah direkodkan dalam minit jawatankuasa, dan selepas penzahiran itu, anggota yang mempunyai kepentingan dalam perkara itu—
(a)
tidak boleh mengambil bahagian mahu pun hadir dalam apa-apa pertimbangan atau keputusan jawatankuasa itu; dan
(b)
tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk korum jawatankuasa berhubung dengan perkara itu.
(15)
Walau apa pun subseksyen (13) dan (14), tiada tindakan atau prosiding jawatankuasa itu boleh menjadi tidak sah atas alasan mana-mana anggota jawatankuasa itu telah melanggar peruntukan subseksyen itu.”.
Pindaan seksyen 31l