Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Seksyen baru 76a
seksyen yang berikut:
“Belok kiri dibenarkan 76a. (1) Walau apa pun isyarat merah atau isyarat lalu lintas lain yang menunjukkan tempat di mana lalu lintas mesti berhenti di mana-mana simpang lalu lintas, mana-mana
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1440
orang yang memandu sesuatu kenderaan motor di jalan boleh membelok ke kiri di simpang lalu lintas itu mengikut mana-mana isyarat lalu lintas yang membenarkan belok kiri yang telah diletakkan dengan sah di sisi undang-undang di jalan itu setelah berhenti sebelum garisan berhenti yang ditandakan di atas jalan untuk memastikan bahawa adalah selamat untuk berbuat demikian.