Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengangkutan Jalan
(Pindaan) 2012.
/akn/my/act/amendment_act/2012/A1440
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2012 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1440 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengangkutan Jalan
(Pindaan) 2012.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dengan memasukkan selepas takrif “barangan” takrif yang berikut:
‘ “basikal elektrik” ertinya sikal dengan bantuan kayuh yang dilengkapi dengan motor elektrik sokongan yang mempunyai kuasa berkadar berterusan yang maksimum 0.25 kW, dengan outputnya berkurangan secara beransur-ansur dan akhirnya terhenti apabila
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1440
kenderaan mencapai kelajuan 25 km/j atau sebelumnya jika penunggang sikal berhenti mengayuh;’;
dalam teks bahasa Inggeris dalam takrif “electronic motor vehicle”, dengan menggantikan perkataan “electronic”
dengan perkataan “electric”; dan
dalam takrif “lalu lintas”, dengan memasukkan selepas perkataan “basikal,” perkataan “basikal elektrik,”.
Pindaan seksyen 5
Subseksyen 5(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan
“tiga ribu” perkataan “lima ratus”;
dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan
“melebihi tiga ribu” dengan perkataan “tidak melebihi tiga ribu lima ratus”; dan
dalam perenggan (f), dengan memasukkan selepas perkataan
“tiga ribu” perkataan “lima ratus”.
Pindaan seksyen 14
Subseksyen 14(4) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “boleh didenda” perkataan “tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan”.
Pindaan seksyen 15
Subseksyen 15(4) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi” dengan perkataan “tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada”.
Pindaan seksyen 17
Subseksyen 17(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (bb) perenggan yang berikut:
“(bc) berhubung dengan suatu kelas atau kategori kenderaan motor yang dikehendaki menjalani pemeriksaan berkala
Pengangkutan Jalan (Pindaan)
5
di bawah Bahagian IIa, perakuan pemeriksaan yang dikeluarkan di bawah seksyen 66c dikemukakan;”.
Pindaan seksyen 26
Subseksyen 26(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi satu ribu” dengan perkataan “tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu”.
Pindaan seksyen 35
Subseksyen 35(8) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 119” dengan perkataan “seksyen 53, 53a,
115a atau 119, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika prosiding jenayah telah dimulakan bagi kesalahan itu”.
Pindaan seksyen 35a
Subseksyen 35a(6) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 119” dengan perkataan “seksyen 53, 53a,
115a atau 119, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika prosiding jenayah telah dimulakan bagi kesalahan itu”.
Pindaan seksyen 40
Subseksyen 40(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi satu ribu” dengan perkataan “tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu”.
Pindaan seksyen 53a
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“serta-merta” dengan perkataan “seberapa segera yang semunasabahnya praktik”; dan
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1440
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah—
ditandatangani secara digital oleh pihak yang mengeluarkan notis.”.
Pindaan seksyen 54
Seksyen 54 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“sikal kayuh” perkataan “dan basikal elektrik”; dan
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “basikal” perkataan “, basikal elektrik”.
Pindaan seksyen 56
Seksyen 56 Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Suatu lesen vokasional yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini hendaklah berkuat kuasa bagi tempoh yang dinyatakan dalam lesen vokasional itu
Pengangkutan Jalan (Pindaan)
7
melainkan jika lesen vokasional itu terlebih dahulu dibatalkan di bawah subseksyen (4) atau (4a).”;
dalam perenggan (4)(a), dengan memasukkan selepas perkataan “apa-apa penyakit” perkataan “, kelakuan yang ditetapkan”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(4a) Tanpa menjejaskan subseksyen (4), suatu lesen vokasional yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini hendaklah—
digantung jika lesen memandu yang dikeluarkan di bawah seksyen 27 digantung di bawah seksyen 32, 35 atau 36;
dibatalkan jika lesen memandu yang dikeluarkan di bawah seksyen 27 dibatalkan di bawah seksyen 35.”.
Pindaan seksyen 59
Subseksyen 59(9) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi dua ribu” dengan perkataan “tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu”.
Pindaan seksyen 66a
Subseksyen 66a(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi lima ribu” dengan perkataan “tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu”.
Seksyen baru 76a
seksyen yang berikut:
“Belok kiri dibenarkan 76a. (1) Walau apa pun isyarat merah atau isyarat lalu lintas lain yang menunjukkan tempat di mana lalu lintas mesti berhenti di mana-mana simpang lalu lintas, mana-mana
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1440
orang yang memandu sesuatu kenderaan motor di jalan boleh membelok ke kiri di simpang lalu lintas itu mengikut mana-mana isyarat lalu lintas yang membenarkan belok kiri yang telah diletakkan dengan sah di sisi undang-undang di jalan itu setelah berhenti sebelum garisan berhenti yang ditandakan di atas jalan untuk memastikan bahawa adalah selamat untuk berbuat demikian.
Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya, membuat kaedah-kaedah yang berhubungan dengan pergerakan kenderaan motor dan pejalan kaki dan pendirian isyarat lalu lintas di simpang lalu lintas yang belok kiri dibenarkan.
Suatu pihak berkuasa yang berkenaan boleh, dengan kelulusan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya berhubung dengan suatu jalan Persekutuan dan jalan Wilayah Persekutuan yang ditetapkan, dan dalam mana-mana hal selepas berunding dengan Ketua Pegawai
Polis, mengadakan apa-apa isyarat lalu lintas yang didapatinya patut, dan hendaklah menjalankan apa-apa kerja (termasuk meletakkan, mendirikan dan menyenggarakan isyarat lalu lintas) yang dikehendaki berkaitan dengan simpang lalu lintas yang belok kiri dibenarkan.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini berhubung dengan belok kiri dibenarkan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit.”.
Pindaan seksyen 79
Seksyen 79 Akta ibu dipinda—
dalam teks bahasa Inggeris dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “neglet” dengan perkataan
“neglect”;
dengan memasukkan selepas perkataan “pegawai polis berpakaian seragam” perkataan “, seseorang pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam”;
Pengangkutan Jalan (Pindaan)
dengan memasukkan selepas perkataan “oleh pegawai polis” perkataan “, pegawai pengangkutan jalan”;
dan
dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi lima ratus” dengan perkataan “tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu”;
dan
dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi lima ratus” dengan perkataan “tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu”.
Pindaan seksyen 88
Subseksyen 88(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (d), dengan memasukkan selepas perkataan
“basikal,” perkataan “basikal elektrik,”; dan
dalam perenggan (p), dengan memasukkan selepas perkataan
“basikal berkayuh,” perkataan “basikal elektrik,”.
Pindaan seksyen 112
Subseksyen 112(3) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “basikal” perkataan “, basikal elektrik”.
Pindaan seksyen 115a
Subseksyen 115a(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “serta-merta” dengan perkataan “seberapa segera yang semunasabahnya praktik”.
Pindaan seksyen 118
Seksyen 118 Akta ibu dipinda dalam nota bahu dengan memotong perkataan “dan tandatangan”.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1440
Pindaan Jadual Kedua
Jadual Kedua kepada Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (iii) dengan perenggan yang berikut:
“(iii) Tertakluk kepada seksyen 76a, tidak mematuhi isyarat merah pada isyarat lalu lintas”.