Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

16. Seksyen baru 76a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 76

seksyen yang berikut:

“Belok kiri dibenarkan 76a.  (1)  Walau apa pun isyarat merah atau isyarat lalu lintas lain yang menunjukkan tempat di mana lalu lintas mesti berhenti di mana-mana simpang lalu lintas, mana-mana

Undang-Undang Malaysia 8

orang yang memandu sesuatu kenderaan motor di jalan boleh membelok ke kiri di simpang lalu lintas itu mengikut mana-mana isyarat lalu lintas yang membenarkan belok kiri yang telah diletakkan dengan sah di sisi undang-undang di jalan itu setelah berhenti sebelum garisan berhenti yang ditandakan di atas jalan untuk memastikan bahawa adalah selamat untuk berbuat demikian.

Report