Malaysia legislation

Section 11

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Subpenggal 6

“Subpenggal 7 — Penguatkuasaan peruntukan penghasilan bersih di bawah perjanjian pasaran modal yang layak

Tafsiran 57a.  Dalam Subpenggal ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“perjanjian pasaran modal yang layak” ertinya—

(a)

suatu perjanjian yang mempunyai peruntukan penghasilan bersih, berkenaan dengan satu atau lebih transaksi pinjaman dan pemberian pinjaman sekuriti; atau

(b)

suatu perjanjian yang ditentukan oleh Suruhanjaya sebagai perjanjian pasaran modal yang layak bagi maksud Bahagian ini;

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

19

“peruntukan penghasilan bersih” ertinya suatu peruntukan kontraktual yang memperuntukkan bahawa apabila keadaan yang ditentukan oleh pihak-pihak di bawah suatu perjanjian pasaran modal yang layak berlaku, dua atau lebih hutang, tuntutan atau obligasi boleh ditolak antara satu sama lain atau diubah menjadi suatu jumlah bersih hutang, tuntutan atau obligasi dan termasuklah suatu perkiraan penutupan penghasilan bersih;

“pinjaman dan pemberian pinjaman sekuriti” ertinya suatu perkiraan apabila mana-mana transaksi pinjaman dan pemberian pinjaman sekuriti telah dibuat, selain—

(a)

transaksi yang dibuat antara pusat penjelasan diluluskan dengan peserta yang dibuat mengikut kaedah-kaedah pusat penjelasan diluluskan; dan

(b)

transaksi berkenaan dengan sekuriti hutang tidak tersenarai yang dilakukan di bawah sistem Dana

Pemindahan Elektronik dan Sekuriti (RENTAS).

Kebolehkuatkuasaan hak di bawah peruntukan penghasilan bersih 57b.  (1)  Hak pihak-pihak di bawah suatu peruntukan penghasilan bersih tidak boleh digantung, dielakkan atau selainnya dihadkan oleh permulaan mana-mana prosiding lain yang mempunyai kesan untuk mengambil alih kawalan atau menguruskan urusan, hal ehwal dan harta mana-mana pihak.

(2)

Peruntukan penghasilan bersih sesuatu perjanjian pasaran modal yang layak di bawah subseksyen (1) boleh dikuatkuasakan mengikut termanya.

Pemakaian Bahagian ini 57c.  Tiada peruntukan dalam undang-undang sekuriti atau dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, termasuk mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengurusan risiko sistemik atau menggalakkan kestabilan

Undang-Undang Malaysia 20

Akta A1499

kewangan, sama ada telah dibuat sebelum atau selepas

Akta ini berkuat kuasa, boleh mengehadkan, menyekat atau selainnya memberi kesan kepada kuat kuasa Subpenggal 6

dan 7 Bahagian ini.”.

Seksyen baru 59a