Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 59
seksyen yang berikut:
“Tanggungan sivil prinsipal bagi perbuatan wakilnya 59a. (1) Seseorang yang diberi kuasa atau diambil kerja oleh seseorang prinsipal untuk bertindak sebagai wakilnya hendaklah disifatkan sebagai ejen prinsipal itu apabila—
(a)
ejen itu terlibat dalam apa-apa kelakuan, membuat apa-apa representasi atau bertindak menurut kuasanya;
dan
(b)
kelakuan, respresentasi atau tindakan itu dijalankan dalam penjalanan urusan yang prinsipal itu dilesenkan.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), seseorang prinsipal tidak layak untuk bergantung pada apa-apa perkiraan, perjanjian atau kontrak yang dibuat—
(a)
antara prinsipal dengan wakilnya; atau
(b)
antara prinsipal dengan kliennya, yang dikendalikan untuk mengeluarkan atau mengecualikan sepenuhnya obligasi atau tanggungannya sebagai prinsipal wakilnya.
(3)
Seseorang prinsipal tidaklah bertanggungan bagi tindakan wakilnya jika wakil itu telah terhenti menjadi wakil prinsipal dan prinsipal itu telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memaklumkan, atau membawa ke pengetahuan klien mengenai hakikat pemberhentian itu.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “prinsipal” ertinya pemegang
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal.”.
Pemotongan seksyen 89