Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Pindaan seksyen 92a
Seksyen 92a Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Hendaklah menjadi suatu pembelaan terhadap pendakwaan atau apa-apa prosiding terhadap pelanggaran seksyen ini oleh mana-mana orang jika dia membuktikan bahawa—
(a)
dia telah membuat semua siasatan yang munasabah dalam hal keadaan itu; dan
(b)
selepas membuat siasatan itu, dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai dan telah mempercayai sehingga masa pernyataan itu dibuat atau maklumat itu diberikan bahawa—
(i)
pernyataan atau maklumat itu adalah benar dan tidak mengelirukan; atau
(ii)
tidak terdapat peninggalan yang material.”.
Pemotongan seksyen 94