Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Seksyen baru 139zs
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 139zr seksyen yang berikut:
“Penamaan
139zs. Walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras atau bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan probet, pentadbiran, pengagihan, atau pelupusan, harta pusaka orang yang mati, atau dalam mana-mana amalan atau adat berhubung dengan perkara ini, seorang anggota boleh menamakan mana-mana orang untuk menerima apa-apa bayaran atau pelupusan mana-mana bahagian faedah yang terakru anggota itu, selepas kematian anggota itu tertakluk kepada mana-mana peraturan-peraturan atau garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini.”.