Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 19

Pindaan seksyen 201

dan (6) dengan subseksyen yang berikut:

“(5)  Jika—

(a)

seseorang orang dalam—

(i)

memperoleh atau bersetuju untuk memperoleh sekuriti; atau

(ii)

memujuk orang lain untuk memperoleh atau bersetuju untuk memperoleh sekuriti, dengan melanggar subseksyen 188(2); atau

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(b)

seseorang orang dalam menyampaikan maklumat yang disebut dalam subseksyen 188(1) kepada seorang yang lain, dengan melanggar subseksyen 188(3), dan sekuriti itu telah dibenarkan untuk diperdagangkan di suatu pasaran saham sesuatu bursa saham, maka, sama ada atau tidak orang dalam itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu atau sama ada atau tidak pelanggaran itu telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan,

Suruhanjaya boleh, jika Suruhanjaya mendapati adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, melalui tindakan sivil, mengambil mana-mana atau kedua-dua tindakan yang berikut terhadap orang dalam itu:

(A)

mendapatkan suatu amaun yang bersamaan dengan tiga kali ganda amaun perbezaan antara harga sekuriti itu diperoleh atau dipersetujui untuk diperoleh, oleh orang dalam atau orang lain itu, dan pada harga sekuriti itu berkemungkinan telah diperoleh pada masa pemerolehan atau persetujuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika maklumat itu boleh didapati secara umum;

(B)

menuntut penalti sivil mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang didapati sesuai oleh mahkamah setelah mengambil kira beratnya pelanggaran itu, yang merupakan suatu amaun yang tidak melebihi satu juta ringgit.

(6)

Jika—

(a)

seseorang orang dalam—

(i)

melupuskan atau bersetuju untuk melupuskan sekuriti; atau

(ii)

memujuk orang lain untuk melupuskan atau bersetuju untuk melupuskan sekuriti, dengan melanggar subseksyen 188(2); atau

(b)

seseorang orang dalam menyampaikan maklumat yang disebut dalam subseksyen 188(1) kepada orang yang lain, dengan melanggar subseksyen 188(3),

Undang-Undang Malaysia 24

Akta A1499

dan sekuriti itu telah dibenarkan untuk diperdagangkan di suatu pasaran saham sesuatu bursa saham, maka, sama ada atau tidak orang dalam itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu atau sama ada atau tidak pelanggaran itu telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan,

Suruhanjaya boleh, jika Suruhanjaya mendapatinya adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, melalui tindakan sivil, mengambil mana-mana atau kedua-dua tindakan yang berikut terhadap orang dalam itu:

(A)

mendapatkan suatu amaun yang bersamaan dengan tiga kali ganda amaun perbezaan antara harga sekuriti itu dilupuskan atau dipersetujui untuk dilupuskan, oleh orang dalam atau orang lain itu, dan pada harga yang sekuriti itu berkemungkinan telah dilupuskan pada masa pelupusan atau persetujuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika maklumat itu boleh didapati secara umum;

(B)

menuntut penalti sivil mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang didapati sesuai oleh mahkamah setelah mengambil kira beratnya pelanggaran itu, yang merupakan suatu amaun yang tidak melebihi satu juta ringgit.”.

Pindaan seksyen 216