Malaysia legislation

Section 20

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 20

Seksyen 216 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan selepas takrif “berhubungan dengan” takrif yang berikut:

‘ “institusi ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Institut Kewangan

Pembangunan 2002 [Akta 618];’;

(ii)

dengan memotong takrif “pegawai”;

(iii)

dalam takrif “pemegang syer”, dengan menggantikan perkataan “yang ditetapkan dalam Kod” dengan perkataan “yang ditentukan oleh Suruhanjaya”;

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(iv)

dengan memotong takrif “pemegang syer menentang”;

(v)

dengan memasukkan selepas takrif “pengambil”

takrif yang berikut:

‘ “saudara-mara yang terdekat” ertinya ibu, bapa, anak, abang, kakak, anak angkat atau anak tiri;’;

(vi)

dengan menggantikan takrif “syarikat” dengan takrif yang berikut:

‘ “syarikat”, berhubung dengan sesuatu syarikat yang diambil alih, ertinya—

(a)

suatu perbadanan disenaraikan di bursa saham;

(b)

suatu syarikat awam sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; atau

(c)

apa-apa entiti lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;’;

(vii)

dengan memotong takrif “syarikat persendirian” dan

“syarikat awam”;

(viii)

dengan menggantikan takrif “syer” dengan takrif yang berikut:

‘ “syer” kecuali bagi maksud seksyen 222,

223 dan 224, ertinya suatu syer yang bukan syer keutamaan, dalam sesuatu syarikat, atau suatu unit dalam sesuatu entiti yang ditentukan oleh

Suruhanjaya;’;

(ix)

dengan menggantikan takrif “syer mengundi” dengan takrif yang berikut:

‘ “syer mengundi” ertinya suatu syer yang memberi hak kepada pemegang syer untuk mengundi di mesyuarat agung;’;

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1499

(x)

dalam takrif “tawaran pengambilalihan”—

(A)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kod;” dengan perkataan “; atau”;

(B)

dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “; atau” dengan noktah; dan

(C)

dengan memotong perenggan (d); dan

(b)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“ibu bapa, anak, abang atau kakak atau adik”

dengan perkataan “saudara-mara terdekat”;

(ii)

dalam perenggan (f)—

(A)

dengan menggantikan perkataan “ibu bapa, anak, abang atau kakak atau adik” dengan perkataan “saudara-mara terdekat”;

(B)

dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu;

(iii)

dengan menggantikan perenggan (g) dengan perenggan yang berikut:

“(g) pekongsi sesuatu perkongsian;”;

(iv)

dengan memasukkan selepas perenggan (g) perenggan yang berikut:

“(h) seorang individu dan mana-mana orang yang pada kebiasaannya bertindak mengikut arahan individu itu, dan saudara-mara terdekat, syarikat yang dikawal oleh, atau mana-mana amanah yang berhubungan dengan, individu itu; dan

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(i)

seseorang, selain suatu bank berlesen atau institusi ditetapkan, yang, secara langsung atau tidak langsung, memperuntukkan kewangan atau bantuan kewangan, berkaitan dengan pemerolehan syer mengundi atau hak mengundi, dengan seseorang yang menerima apa-apa kewangan atau bantuan kewangan itu.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Berhubung dengan tawaran pengambilalihan suatu entiti selain perbadanan atau syarikat awam,

Suruhanjaya boleh menentukan orang yang boleh dianggap sebagai orang yang bertindak bersama-sama.”;

dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:

“(6)  Bagi maksud seksyen 222, 223 dan 224—

“pemegang syer menentang” termasuklah mana-mana pemegang syer dan pemegang sekuriti boleh ubah, yang belum menerima tawaran pengambilalihan dan mana-mana pemegang syer yang telah gagal atau enggan untuk membuat pemindahan syer kepada seorang pengambil mengikut tawaran pengambilalihan;

“sekuriti boleh tukar” ertinya sekuriti seperti waran, opsyen dan sekuriti lain yang dikeluarkan oleh penerima tawaran yang boleh ditukar kepada syer mengundi baharu penerima tawaran;

“syer” ertinya suatu syer mengundi, dalam suatu syarikat, atau suatu unit dalam entiti yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dan termasuklah sekuriti boleh tukar seolah-olah sekuriti itu ialah sekuriti kelas berasingan suatu syarikat dan mana-mana sebutan mengenai pemegang syer, dan syer yang telah diperuntukkan, hendaklah dibaca sewajarnya.”.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta A1499

Pindaan seksyen 217