Malaysia legislation

Section 21

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 21

Seksyen 217 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “dan

Percantuman” dengan perkataan “, Percantuman dan

Pengambilan Paksa”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Kod hendaklah mengandungi prinsip yang mengawal tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa.”;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)  Suruhanjaya hendaklah mentadbir Kod dan boleh membuat semua perkara sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kesan sepenuhnya kepada peruntukan Penggal ini dan Kod dan tanpa mengehadkan keluasan yang terdahulu, boleh—

(a)

mengeluarkan arahan—

(i)

bagi mentafsir Penggal ini dan Kod;

(ii)

mengenai amalan dan kelakuan orang yang terlibat dalam atau terjejas oleh mana-mana tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa, atau dalam penjalanan urusan mana-mana pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa; dan

(b)

menyiasat apa-apa perkara yang berhubungan dengan mana-mana tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa sama ada yang berpotensi atau selainnya, dan bagi maksud ini, boleh mengeluarkan pernyataan awam sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Suruhanjaya mengenainya.”; dan

(d)

dengan memotong subseksyen (5).

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

29

Pindaan seksyen 218