Malaysia legislation

Section 23

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 23

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 218

seksyen yang berikut:

“Kuasa Suruhanjaya untuk melantik penasihat bebas 218a.  (1)  Jika penerima tawaran gagal untuk melantik seorang penasihat bebas sebagaimana yang dikehendaki di

Undang-Undang Malaysia 30

Akta A1499

bawah Kod, Suruhanjaya boleh, jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa demi kepentingan pemegang saham penerima tawaran untuk berbuat demikian, melantik seorang penasihat bebas atau orang lain atau kumpulan orang sebagaimana yang diputuskan oleh Suruhanjaya, untuk memberi komen, pendapat, maklumat dan syor mengenai tawaran pengambilalihan itu dalam suatu pekeliling penasihat bebas.

(2)

Jika Suruhanjaya berpendapat bahawa keseluruhan atau mana-mana bahagian kos dan perbelanjaan seorang penasihat bebas, orang atau kumpulan orang yang dilantik oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini patut ditanggung oleh penerima tawaran yang berkenaan, Suruhanjaya boleh, melalui perintah secara bertulis, mengarahkan penerima tawaran membayar suatu amaun yang ditentukan, yang merupakan keseluruhan atau sebahagian daripada kos dan perbelanjaan itu, dalam masa dan mengikut cara yang ditentukan.

(3)

Jika penerima tawaran itu tidak mematuhi perintah

Suruhanjaya di bawah subseksyen (2), amaun yang dinyatakan dalam perintah itu boleh dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan kembali oleh Suruhanjaya dalam mahkamah sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Suruhanjaya.

Kuasa penasihat bebas yang dilantik oleh Suruhanjaya 218b.  Seorang penasihat bebas atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 218a, hendaklah mempunyai segala kuasa sebagaimana yang perlu bagi atau berkaitan dengan, atau yang bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya.

Larangan terhadap komunikasi perkara tertentu oleh penasihat bebas dan pekerja 218c.  Kecuali bagi maksud menguatkuasakan peruntukan

Akta ini, atau setakat yang dikehendaki bagi maksud mana-mana prosiding, sivil atau jenayah, seseorang penasihat bebas atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 218a dan pekerja penasihat bebas atau orang lain itu tidak boleh menyampaikan apa-apa perkara, yang mungkin diketahui olehnya dalam menjalankan kewajipannya kepada mana-mana orang selain Suruhanjaya, atau mana-mana

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

31

orang lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya dan, dalam hal pekerja, kepada mana-mana orang selain penasihat bebas yang dengannya dia bekerja.

Akses kepada buku, akaun dan rekod, dsb.