Malaysia legislation
Section 316
Seksyen 316
(a)
sekuriti Islam;
(b)
suatu skim unit amanah yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah;
(c)
derivatif Islam;
(d)
suatu skim persaraan swasta yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah;
Undang-Undang Malaysia 44
Akta A1499
(e)
mana-mana produk atau perkiraan yang berasaskan sekuriti atau derivatif, atau mana-mana gabungannya yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah;
atau
(f)
mana-mana produk lain yang boleh ditetapkan oleh
Menteri di bawah seksyen 5 sebagai suatu produk pasaran modal Islam;
“sekuriti Islam” ertinya—
(a)
syer dalam pertubuhan perbadanan atau pertubuhan bukan perbadanan, yang diklasifikasikan sebagai mematuhi Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah;
(b)
unit dalam skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah;
(c)
suatu produk berstruktur Islam; atau
(d)
sukuk yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip
Syariah;
dan termasuklah apa-apa hak, opsyen atau kepentingan yang berkenaan dengannya mematuhi prinsip Syariah;
“sukuk” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam garis panduan Suruhanjaya berkenaan dengan sekuriti
Islam.
(2)
Tertakluk kepada subseksyen (1), sekuriti Islam tidak termasuk mana-mana Instrumen Boleh Niaga Islam yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:
(a)
terbitan Instrumen Boleh Niaga Islam itu adalah oleh suatu institusi berlesen yang layak atau bank Islam yang mematuhi apa-apa standard yang dikeluarkan oleh Bank Negara di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang terpakai bagi
Instrumen Boleh Niaga Islam itu; dan
(b)
tempoh maksimum Instrumen Boleh Niaga Islam itu tidak melebihi lima tahun.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
45
Subpenggal 2 — Produk pasaran modal Islam
Produk pasaran modal Islam 316a. (1) Suatu produk pasaran modal Islam ialah produk pasaran modal bagi maksud undang-undang sekuriti.
(2)
Suruhanjaya boleh menentukan dalam garis panduan yang dibuat di bawah seksyen 377 mengenai perkara yang berikut:
(a)
apa-apa model perjanjian atau dokumentasi yang berhubungan dengan suatu transaksi atau perkiraan berkenaan dengan produk pasaran modal Islam;
(b)
kewajipan dan tanggungjawab pihak yang berlainan yang terlibat dalam suatu transaksi atau perkiraan berkenaan dengan produk pasaran modal Islam;
dan
(c)
apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan sesuai, dalam memberi kesan sepenuhnya kepada prinsip Syariah berhubung dengan suatu transaksi produk pasaran modal
Islam.
Subpenggal 3 – Sekuriti Islam
Sekuriti Islam 316b. (1) Sekuriti Islam ialah sekuriti bagi maksud undang-undang sekuriti.
(2)
Apa-apa cadangan, skim, transaksi, perkiraan, aktiviti, produk atau perkara yang berhubungan dengan sekuriti Islam hendaklah mematuhi kehendak yang berkaitan di bawah undang-undang sekuriti dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta A1499
Penetapan oleh Menteri berkenaan dengan sekuriti Islam, derivatif Islam atau produk pasaran modal Islam, dsb.