Malaysia legislation

Section 31

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 31

Seksyen 256zo Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perenggan (1)(a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) hendaklah menyerah simpan dengan Suruhanjaya laporan tahunan amanah perniagaan dalam masa empat bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan amanah perniagaan itu; dan”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3) Pengurus amanah hendaklah—

(a)

menghantar kepada tiap-tiap pemegang unit tanpa bayaran suatu salinan dokumen yang disebut dalam perenggan (1)(a) dalam masa empat bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan amanah perniagaan; dan

(b)

jika seseorang pemegang unit meminta apa-apa salinan tambahan dokumen yang disebut dalam perenggan (1)(a), menghantar dokumen yang diminta itu kepada pemegang unit itu dalam masa dua bulan selepas permintaan itu diterima dan apabila dibayar suatu jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang ditentukan oleh pengurus amanah.”.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta A1499

Pindaan seksyen 256zp