Malaysia legislation

Section 369

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 369

Seseorang yang—

(a)

dengan niat untuk memperdaya, membuat atau memberikan atau menyerah simpan; atau

(b)

dengan diketahuinya menyebabkan, memberi kuasa atau membenarkan supaya dibuat, diberikan atau diserah simpan,

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

49

apa-apa penyataan, maklumat atau dokumen yang palsu atau mengelirukan, kepada Suruhanjaya, suatu bursa saham, bursa derivatif atau pusat penjelasan diluluskan yang berhubungan dengan—

(A)

perniagaan sekuriti atau derivatif;

(B)

hal ehwal suatu perbadanan yang disenaraikan;

(C)

apa-apa perkara atau benda yang dikehendaki oleh

Suruhanjaya bagi pentadbiran sewajarnya Akta ini;

(D)

apa-apa kehendak yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah mana-mana garis panduan, nota amalan, notis bertulis atau terma dan syarat; atau

(E)

apa-apa kehendak di bawah kaedah-kaedah suatu bursa saham, bursa derivatif, atau pusat penjelasan diluluskan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.”.

Pemotongan seksyen 371