Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Pengendali pasaran diiktiraf hendaklah—
(a)
mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya, sama ada bersifat am atau khusus, dan pengendali pasaran diiktiraf itu hendaklah melaksanakan arahan itu; dan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(b)
memberikan apa-apa bantuan kepada Suruhanjaya, atau kepada seseorang yang bertindak bagi pihak atau dengan kuasa Suruhanjaya, yang semunasabahnya dikehendaki oleh Suruhanjaya atau orang itu.
Penarikan balik pendaftaran 36a. (1) Tertakluk kepada subseksyen (4), jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa adalah sesuai untuk berbuat demikian demi kepentingan pelabur, demi kepentingan awam atau bagi pengekalan suatu pasaran yang teratur dan adil, Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis, menarik balik pendaftaran berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan dalam notis itu.
(2)
Notis yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah menyatakan alasan bagi menyokong penarikan balik itu.
(3)
Walau apa pun penarikan balik di bawah subseksyen (1),
Suruhanjaya boleh membenarkan orang itu untuk meneruskan, pada atau selepas tarikh penarikan balik itu berkuat kuasa, untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang terjejas oleh penarikan balik itu, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya dalam notis itu bagi maksud—
(a)
menutup pengendalian pasaran diiktiraf yang dikaitkan dengan penarikan balik itu; atau
(b)
melindungi kepentingan pelabur atau kepentingan awam.
(4)
Jika Suruhanjaya telah memberikan kebenaran kepada seseorang di bawah subseksyen (3), orang itu tidak boleh, atas sebab ia menjalankan aktiviti mengikut kebenaran yang diberikan itu, dianggap sebagai melanggar seksyen 34.
(5)
Suruhanjaya tidak boleh menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) berhubung dengan pengendali pasaran diiktiraf yang telah didaftarkan di bawah subseksyen 34(1) melainkan jika Suruhanjaya telah memberi pengendali pasaran diiktiraf itu peluang untuk didengar.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1499
(6)
Mana-mana penarikan balik pendaftaran yang dibuat di bawah seksyen ini tidak berkuat kuasa untuk—
(a)
mengelak atau menyentuh mana-mana perjanjian, transaksi atau perkiraan yang dibuat oleh pengendali pasaran diiktiraf itu sama ada perjanjian, transaksi atau perkiraan yang telah dibuat sebelum atau selepas penarikan balik pendaftaran di bawah subseksyen (1);
atau
(b)
menyentuh mana-mana hak, obligasi atau tanggungan yang timbul daripada suatu perjanjian, transaksi atau perkiraan.
Perubahan status 36b. (1) Suruhanjaya boleh, atas permohonan pengendali pasaran diiktiraf atau atas inisiatifnya sendiri, dari semasa ke semasa, mengkaji semula status pengendali pasaran diiktiraf di bawah Subpenggal ini.
(2)
Suruhanjaya boleh, selepas semakan semula yang dijalankan di bawah subseksyen (1), menghendaki pengendali pasaran diiktiraf itu untuk membuat suatu permohonan untuk pasaran diiktiraf itu menjadi suatu bursa saham atau bursa derivatif diluluskan di bawah seksyen 8.
(3)
Suruhanjaya tidak boleh menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (2) tanpa memberi orang itu peluang untuk didengar.”.
Subpenggal baru 5a Penggal 2 Bahagian II