Malaysia legislation

Section 379

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 379

(2)

Suatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

(3)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, suatu pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah mengadakan kaedah-kaedah yang berhubungan dengan—

(a)

pentadbiran yang sepatutnya bagi pertubuhan perbadanan itu sebagai suatu badan penyelesaian pertikaian;

dan

(b)

skop, pemakaian, pengendalian, dan tatacara penyelesaian pertikaian.

(4)

Pertubuhan perbadanan itu hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, menyerahkan atau menyebabkan supaya diserahkan kepada Suruhanjaya bagi mendapatkan kelulusannya apa-apa kaedah-kaedah yang dicadangkan atau apa-apa pindaan yang dicadangkan bagi kaedah-kaedah sedia ada.

(5)

Suruhanjaya boleh mengeluarkan peraturan-peraturan di bawah seksyen 378 berhubung dengan suatu pertubuhan perbadanan diluluskan atau membuat peruntukan bagi penyelesaian pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan atau produk pasaran modal.”.

Pembatalan perundangan subsidiari