Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Subseksyen 2(1) Akta ibu dipinda—
(a)
dalam takrif “bank berlesen”, dengan menggantikan perkataan
“Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989
[Akta 372]” dengan perkataan “Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758]”;
(b)
dalam takrif “Bank Negara”, dengan menggantikan perkataan “Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]”
dengan perkataan “Akta Bank Negara Malaysia 2009
[Akta 701]”;
(c)
dalam takrif “Majlis Penasihat Syariah”, dengan menggantikan perkataan “seksyen 316a” dengan perkataan “Akta
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498]”;
(d)
dengan memasukkan selepas takrif “pasaran derivatif terkecuali” takrif yang berikut:
‘ “pasaran diiktiraf” ertinya suatu pasaran saham atau pasaran derivatif yang dikendalikan atau disenggarakan oleh pengendali yang didaftarkan di bawah seksyen 34;’;
(e)
dengan menggantikan takrif “pegawai” dengan takrif yang berikut:
‘ “pegawai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993;’;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(f)
dalam takrif “Pengerusi”, dengan menggantikan perkataan
“perenggan 4(1)(a)” dengan perkataan “perenggan 4(2)(a)”;
(g)
dengan memasukkan selepas takrif “pihak” takrif yang berikut:
‘ “pihak berkuasa penyeliaan asing” ertinya suatu pihak berkuasa asing atau mana-mana orang lain yang menjalankan fungsi yang bersamaan dengan fungsi
Suruhanjaya di bawah undang-undang sekuriti;’;
(h)
dengan menggantikan takrif “Suruhanjaya” dengan takrif yang berikut:
‘ “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia 1993;’;
(i)
dalam takrif “Timbalan Pengerusi Eksekutif”, dengan menggantikan perkataan “perenggan 4(1)(aa)” dengan perkataan “perenggan 4(2)(b)”; dan
(j)
dengan memotong takrif “urusan atau transaksi pasaran modal Islam”.
Pindaan seksyen 5