Malaysia legislation
Section 40e
Seksyen 40e
(a)
memberikan segala bantuan yang perlu; dan
(b)
membenarkan akses sepenuhnya dan bebas bagi semua maklumat, dokumen, sistem, kemudahan perdagangan, atau mana-mana harta lain yang berhubungan dengan urusan atau pengendalian orang yang berkaitan, kepada seorang pengurus berkanun, bagi membolehkan pengurus berkanun itu melaksanakan kuasa, kewajipan dan fungsinya yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah seksyen 40d.
(2)
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1)
yang enggan atau gagal, tanpa alasan yang sah, untuk membenarkan pengurus berkanun akses mengikut seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
(3)
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1)
yang, dengan niat hendak mengecewakan maksud seksyen ini atau dengan niat hendak mencegah, melengahkan atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
17
menghalang pengurus berkanun daripada menjalankan mana-mana kuasa, kewajipan dan fungsinya di bawah seksyen ini—
(a)
memusnahkan, menyembunyikan atau mengubah apa-apa maklumat, dokumen, sistem, kemudahan perdagangan, atau mana-mana harta lain yang berhubungan dengan urusan atau pengendalian orang yang berkaitan;
atau
(b)
menghantar atau cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk menghantar ke luar dari Malaysia apa-apa dokumen atau apa-apa harta daripada apa-apa perihalan kepunyaan atau dalam pelupusan atau di bawah kawalan orang yang berkaitan, melakukan suatu kesalahan.
(4)
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Saraan, perbelanjaan dan tanggung rugi pengurus berkanun 40 f.
Jika pengurus berkanun dilantik di bawah subseksyen 40d(2)—
(a)
saraannya dan apa-apa perbelanjaan yang sepatutnya dilakukan olehnya; dan
(b)
apa-apa tanggung rugi yang dirinya berhak, hendaklah dikenakan ke atas, dan dibayar daripada mana-mana harta atau aset orang yang berkaitan, yang berada dalam jagaan atau kawalan pengurus berkanun.
Fi tahunan kena dibayar 40g. (1) Orang yang berkaitan hendaklah membayar kepada
Suruhanjaya suatu fi tahunan atau apa-apa fi lain, sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1499
(2)
Apa-apa fi yang dibayar kepada Suruhanjaya di bawah
Bahagian ini hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia 1993.
Ketidakpakaian Akta Syarikat 1965 40h. Peruntukan Akta Syarikat 1965 berhubung dengan penawaran syer atau debentur kepada awam oleh suatu syarikat persendirian tidak terpakai jika tawaran atau pelawaan untuk melanggan atau membeli itu dibuat oleh syarikat persendirian itu di pasaran saham atau pasaran derivatif yang diluluskan, berdaftar, diiktiraf, atau di suatu bursa saham dikecualikan atau bursa derivatif dikecualikan, di bawah undang-undang sekuriti.”.
Subpenggal baru 7 Penggal 2 Bahagian II