Malaysia legislation

Section 47

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 47

(a)

tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh tanggungan mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi apa-apa kesalahan atau kemungkiran yang dilakukan di bawah Akta ibu, sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding yang dibawa, hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil sebelum tarikh kuat kuasa berkenaan dengan kesalahan atau kemungkiran itu;

dan

(b)

apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan yang diperoleh, terakru atau dilakukan sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan itu tidak terjejas oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat.

(2)

Berkenaan dengan sekuriti Islam, derivatif Islam atau produk pasaran modal Islam yang ditetapkan di bawah Perintah Pasaran

Modal dan Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti Islam) 2012 dan

Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penetapan Produk

Pasaran Modal)(Produk Pasaran Modal Islam) 2012—

(a)

sekuriti Islam, derivatif Islam atau produk pasaran modal

Islam itu hendaklah disifatkan sebagai sekuriti Islam, derivatif Islam atau produk pasaran modal Islam di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini berkuat kuasa dari tarikh kuat kuasa;

(b)

apa-apa tindakan, kaedah, peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan dan tindakan eksekutif lain walau apa cara sekali pun disebut, dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa Penggal 1 Bahagian VI Akta ibu sebelum tarikh kuat kuasa, hendaklah setakat yang ia selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah atau menurut kuasa, atau berdasarkan, peruntukan yang bersamaan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan berhubungan

Undang-Undang Malaysia 52

Akta A1499

dengan orang, aktiviti atau transaksi yang baginya ia terpakai sehingga dipinda, dibatalkan atau dihapuskan di bawah, mengikut, atau menurut kuasa peruntukan yang bersamaan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini; dan

(c)

mana-mana permohonan bagi kelulusan, atau bagi apa-apa jua pun maksud lain, atau mana-mana rayuan yang berhubungan dengan permohonan itu, yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Menteri atau kepada

Suruhanjaya menurut kuasa Penggal 1 Bahagian VI Akta ibu sebelum tarikh kuat kuasa, dan yang belum selesai sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

Pertubuhan perbadanan diluluskan bagi penyelesaian pertikaian dalam pasaran modal disifatkan telah diluluskan

Section 47 — AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015