Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 4

Seksyen 5 Akta ibu dipinda —

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “sekuriti dan derivatif” dengan perkataan “sekuriti, derivatif dan produk pasaran modal”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Walau apa pun takrif “sekuriti”, “derivatif”,

“sekuriti Islam” atau “derivatif Islam” di bawah Akta ini dan “kepentingan” sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 84(1) Akta Syarikat 1965, Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui perintah yang

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1499

disiarkan dalam Warta, menetapkan apa-apa surat cara atau produk atau kelas surat cara atau produk sebagai—

(a)

sekuriti;

(b)

derivatif;

(c)

produk pasaran modal;

(d)

sekuriti Islam;

(e)

derivatif Islam; atau

(f)

produk pasaran modal Islam, bagi maksud undang-undang sekuriti.”; dan

(c)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Dalam penetapan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2) berkenaan dengan sekuriti, derivatif, produk pasaran modal, sekuriti Islam, derivatif Islam, atau produk pasaran modal Islam,

Menteri boleh—

(a)

bagi maksud mengawal selia pengeluaran, penawaran untuk langganan atau pembelian, atau pembuatan suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, mana-mana sekuriti atau sekuriti

Islam, menentukan dalam penetapan mana-mana peruntukan Akta ini terpakai bagi sekuriti atau sekuriti Islam itu;

(b)

dalam hal derivatif atau derivatif Islam, menentukan dalam penetapan itu mana-mana peruntukan Akta ini untuk terpakai bagi derivatif atau derivatif Islam itu; dan

(c)

bagi maksud mengawal selia pengeluaran, penawaran untuk langganan atau pembelian, atau pembuatan suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, mana-mana produk pasaran modal

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

7

atau produk pasaran modal Islam, menentukan dalam penetapan itu mana-mana peruntukan Akta ini untuk terpakai bagi produk pasaran modal atau produk pasaran modal Islam itu.”.

Pindaan seksyen 7