Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Seksyen 7 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Seseorang tidak boleh menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan, atau membantu menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan, atau mengemukakan dirinya sebagai mengadakan, mengendalikan atau menyenggarakan, suatu pasaran saham atau pasaran derivatif yang bukannya—
(a)
pasaran saham suatu bursa saham;
(b)
pasaran derivatif suatu bursa derivatif;
(c)
pasaran saham suatu syarikat pemegangan bursa yang ia sendiri diluluskan sebagai suatu bursa saham;
(d)
pasaran derivatif suatu syarikat pemegangan bursa yang ia sendiri diluluskan sebagai suatu bursa derivatif;
(e)
pasaran diiktiraf;
(f)
pasaran saham terkecuali; atau
(g)
pasaran derivatif terkecuali.”;
(b)
dengan memotong subseksyen (2); dan
(c)
dalam subseksyen (5), dengan memotong perkataan
“atau (2)”.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1499
Penggantian seksyen 27