Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 6

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 27 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 27

(2)

Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1),

Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya—

(a)

mengarahkan bursa itu untuk menutup pasaran saham atau pasaran derivatif itu selama tempoh tidak melebihi lima hari berurus niaga; dan

(b)

melanjutkan penutupan pasaran saham atau pasaran derivatif di bawah perenggan (a) selama apa-apa tempoh selanjutnya yang setiap satunya tidak melebihi lima hari berurus niaga.

(3)

Menteri hendaklah menyatakan alasan bagi penutupan itu dalam arahan yang diberikan dan alasan bagi apa-apa pelanjutan penutupan di bawah subseksyen (2).

(4)

Suruhanjaya boleh membuat syor dalam subseksyen (1)

jika Suruhanjaya berpendapat bahawa suatu pasaran yang teratur dan adil bagi perdagangan sekuriti di suatu pasaran saham atau perdagangan derivatif di suatu pasaran derivatif, suatu bursa sedang atau berkemungkinan akan terhalang kerana—

(a)

darurat atau bencana alam telah berlaku di dalam

Malaysia; atau

(b)

wujud krisis ekonomi atau kewangan atau apa-apa hal keadaan lain di dalam atau di luar Malaysia.

(5)

Suruhanjaya hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberikan suatu salinan arahan atau pelanjutan di bawah subseksyen (2) kepada pusat penjelasan diluluskan dan mengarahkan pusat penjelasan diluluskan itu

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

9

untuk melakukan segala yang semunasabahnya dapat dilakukan untuk memberi kesan kepada arahan atau pelanjutan semasa arahan atau pelanjutan itu terus berkuat kuasa.

(6)

Dalam seksyen ini—

“hari berurus niaga” ertinya mana-mana hari yang terdapat perdagangan rasmi di bursa jika tidak kerana penutupan itu;

“pasaran adil” termasuklah tetapi tidak terhad kepada sesuatu pasaran yang mencerminkan daya penawaran dan permintaan.”.

Pindaan seksyen 30

Section 6 — AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015