Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
“Penutupan bursa saham atau bursa derivatif
Seksyen 30 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (7)(b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) menyebabkan perintah penggantungan itu atau notis pelanjutan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, disiarkan sekurang-kurangnya dalam satu akhbar harian bahasa kebangsaan dan satu akhbar harian bahasa Inggeris.”.