Malaysia legislation

Section 4

of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian I

Bahagian yang berikut:

“Bahagian Ia

JAWATANKUASA PERINGKAT TERTINGGI

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi 5a.  (1)  Suatu Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada Menteri bagi Kementerian yang merupakan anggota Majlis.

(2)

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah dipengerusikan oleh Menteri.

Mesyuarat Jawatankuasa 5b.  Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah bermesyuarat dengan seberapa kerap yang perlu.

Fungsi Jawatankuasa 5c.   Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah menimbang teliti dan memutuskan syor yang dibuat oleh Majlis.”.

Pindaan seksyen 7