Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2015
Sections
17
Languages
MS · EN

Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1500 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.

Front matterCover and publication detailsOpen

Migran (Pindaan)

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1500

AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN

ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2015

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1500

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

26 Oktober 2015

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

2 November 2015

Hakcipta Pencetak H

Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan

Migran (Pindaan)

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

Seksyen 2

Pindaan seksyen 2

Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan menggantikan noktah di hujung takrif

“premis” dengan koma bernoktah dan memasukkan selepas takrif itu takrif yang berikut:

‘ “tempat perlindungan” ertinya tempat perlindungan yang telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah subseksyen 42(1)

Akta ini.’.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1500

AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN

ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2015

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1500

Pindaan seksyen 6

Seksyen 3

Subseksyen 6(2) Akta ibu dipinda—

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (l), perenggan yang berikut:

“(la) Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, atau wakilnya;

(lb) Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau wakilnya;

(lc)

Ketua Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga

Kerja Semenanjung Malaysia, atau wakilnya;

(ld)

Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja

Sabah, atau wakilnya;

(le) Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja

Sarawak, atau wakilnya;”; dan

(c)

dengan menggantikan perenggan (m) dengan perenggan yang berikut:

“(m) seorang wakil Kementerian yang berikut:

(i)

Kementerian yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;

(ii)

Kementerian yang bertanggungjawab bagi pertahanan;

(iii)

Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan perubatan dan kesihatan;

(iv)

Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan belia dan sukan;

(v)

Kementerian yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;

Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan

Migran (Pindaan)

(vi)

Kementerian yang bertanggungjawab bagi perusahaan perladangan dan komoditi;”.

Bahagian baru Ia

Seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian I

Bahagian yang berikut:

“Bahagian Ia

JAWATANKUASA PERINGKAT TERTINGGI

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi 5a.  (1)  Suatu Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada Menteri bagi Kementerian yang merupakan anggota Majlis.

(2)

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah dipengerusikan oleh Menteri.

Mesyuarat Jawatankuasa 5b.  Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah bermesyuarat dengan seberapa kerap yang perlu.

Fungsi Jawatankuasa 5c.   Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah menimbang teliti dan memutuskan syor yang dibuat oleh Majlis.”.

Pindaan seksyen 7

Seksyen 5

Subseksyen 7(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan “dan” yang terdapat di hujung perenggan (j); dan

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1500

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (j) perenggan yang berikut:

“(ja) membayar apa-apa elaun, tertakluk kepada ketersediaan wang, kepada orang yang diperdagangkan sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Majlis; dan”.

Pindaan seksyen 11

Seksyen 6

Seksyen 11 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen itu sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(2)  Setiausaha Majlis hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan dan fungsi yang berhubungan dengan Majlis sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.”.

Pindaan seksyen 42

Seksyen 7

Subseksyen 42(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan

“, pemberitahuan dalam Warta,”.

Pindaan seksyen 43

Seksyen 8

Seksyen 43 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan

“, pemberitahuan dalam Warta,” dan perkataan “dalam pemberitahuan itu”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a) Menteri boleh melantik mana-mana orang yang difikirkan sesuai oleh Menteri untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan seorang Pegawai

Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan

Migran (Pindaan)

7

Pelindung di bawah Akta ini tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan.”.

Seksyen 9

Pindaan seksyen 44

Subseksyen 44(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “empat belas hari” dengan perkataan “dua puluh satu hari”.

Pindaan seksyen 51

Seksyen 10

Seksyen 51 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“empat belas hari” dengan perkataan “dua puluh satu hari”; dan

(b)

dalam subperenggan (3)(a)(i), dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “tiga bulan”.

Seksyen baru 51a

Seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 51

seksyen yang berikut:

“Kebenaran bagi orang yang diperdagangkan untuk bergerak bebas dan untuk bekerja 51a.  (1)  Tertakluk kepada mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 66, mana-mana orang yang kepadanya perintah perlindungan interim telah diberi, atau mana-mana orang yang diperdagangkan yang kepadanya

Perintah Perlindungan telah diberi, boleh diberikan kebenaran oleh Majlis—

(b)

untuk diambil bekerja, bertugas atau berkontrak dengan untuk menjalankan kerja dalam apa-apa pekerjaan semasa tempoh perintah perlindungan interim atau

Perintah Perlindungan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1500

(2)

Seseorang warganegara asing yang diberikan kebenaran untuk bekerja di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada mana-mana sekatan dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan yang berhubungan dengan pekerjaan warganegara asing di Malaysia.”.

Pindaan seksyen 52

Seksyen 12

Seksyen 52 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“Pada bila-bila masa semasa tempoh Perintah Perlindungan dibuat di bawah subperenggan 51(3)(a)(ii), jika” dengan perkataan “Jika”; dan

(b)

dalam subsekyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan

“ditempatkan,” perkataan “atau kepada pegawai penguat kuasa yang menyiasat hal keadaan kes seseorang orang yang diperdagangkan,”.

Pindaan seksyen 54

Seksyen 13

Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan 54(1)(b)

dengan perenggan yang berikut:

“(b) dalam hal orang yang diperdagangkan ialah seorang warganegara asing yang mempunyai dokumen yang sah dan telah diambil bekerja, melepaskan orang yang diperdagangkan itu, atau dalam apa-apa hal lain sebagaimana yang boleh ditetapkan, melepaskan orang itu kepada pegawai imigresen untuk dihantar balik ke negara asalnya mengikut mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan imigresen.”.

Seksyen baru 65a

Seksyen 14

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 65

seksyen yang berikut:

“Pekhidmat awam 65a.  Tiap-tiap Pegawai Pelindung, semasa menunaikan kewajipannya sebagai Pegawai Pelindung itu di bawah

Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan

Migran (Pindaan)

9

Akta ini hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].”.

Seksyen 15

Pindaan seksyen 66

Subseksyen 66(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:

“(aa) untuk menetapkan kelayakan, syarat, tatacara atau apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pemberian kebenaran untuk bergerak bebas dan untuk bekerja di bawah seksyen 51a;”.

Seksyen baru 66a dan 66b

Seksyen 16

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 66

seksyen yang berikut:

“Perintah pembayaran pampasan kepada orang yang diperdagangkan 66a.  (1)   Mahkamah yang di hadapannya tertuduh disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh membuat suatu perintah bagi pembayaran oleh orang yang telah disabitkan bagi suatu jumlah yang akan ditetapkan oleh Mahkamah sebagai pampasan kepada orang yang diperdagangkan.

(2)

Berhubung dengan perintah pembayaran pampasan, subseksyen 426(1a), (1b), (1c) dan (1d) Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593] hendaklah terpakai.

(3)

Bagi maksud pembayaran pampasan, seksyen 432

Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai.

(4)

Perintah pembayaran pampasan di bawah seksyen ini tidak menghalang permulaan apa-apa tindakan sivil di

Mahkamah oleh orang yang diperdagangkan itu terhadap orang yang telah disabitkan.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1500

Perintah pembayaran gaji tertunggak dalam hal tiada sabitan 66b.  (1)   Dalam hal tiada sabitan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, jika pembayaran gaji adalah tertunggak kepada orang yang dikatakan diperdagangkan, Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah pembayaran gaji yang tertunggak bagi suatu jumlah yang akan ditetapkan oleh

Mahkamah kepada orang yang dikatakan diperdagangkan dengan permohonan Pendakwa Raya setelah suatu inkuiri dijalankan oleh Mahkamah.

(2)

Bagi maksud menentukan jumlah gaji yang tertunggak,

Mahkamah hendaklah menjalankan suatu inkuiri dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh keputusan itu untuk menentukan perintah di bawah subseksyen (1).

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), apa-apa keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah

Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan oleh Mahkamah untuk menentukan pembayaran gaji yang tertunggak.

(4)

Bagi maksud pembayaran gaji yang tertunggak di bawah subseksyen (1), seksyen 432 Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai.”.

Seksyen 17

Kecualian

Pindaan Akta ini tidaklah menjejaskan apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta yang dipinda itu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa pindaan ini.

Common questions

What is Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015?
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1500 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.
Is Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 still in force?
Yes — Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 is currently in force.
When did Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 take effect?
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 was first recorded in 2015.
How many sections does Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 have?
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 contains 17 sections.
Where can I read the official version of Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015?
The official text of Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.