Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 · As enacted
4. Bahagian baru Ia
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian I
Bahagian yang berikut:
“Bahagian Ia
JAWATANKUASA PERINGKAT TERTINGGI
Jawatankuasa Peringkat Tertinggi 5a. (1) Suatu Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada Menteri bagi Kementerian yang merupakan anggota Majlis.
Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah dipengerusikan oleh Menteri.
Mesyuarat Jawatankuasa 5b. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah bermesyuarat dengan seberapa kerap yang perlu.
Fungsi Jawatankuasa 5c. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah menimbang teliti dan memutuskan syor yang dibuat oleh Majlis.”.