Malaysia legislation

Section 15

of AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016

Seksyen 15

“Kuasa untuk menetapkan tarif dan caj

seksyen yang berikut:

“Obligasi untuk mengemukakan pelan perniagaan 13a.  (1)  Tertakluk kepada terma dan syarat lesen, Suruhanjaya boleh meminta pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan untuk mengemukakan rancangan perniagaan boleh pinda lima tahun, atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya, yang berhubungan dengan aktiviti yang dilesenkan yang dikemaskinikan atas asas tahunan atau apa-apa tempoh masa lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya mengikut tatacara yang diperuntukkan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

(2)

Mana-mana pemegang lesen yang disebut dalam subseksyen (1) yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Bekalan Gas (Pindaan)

25

Standard prestasi pembekalan gas dan perkhidmatan oleh pemegang lesen 13b.  (1)  Suruhanjaya boleh mengeluarkan garis panduan mengenai apa-apa standard prestasi berkaitan dengan—

(a)

pembekalan gas dan penyediaan perkhidmatan kepada pengguna oleh pemegang lesen peruncitan; dan

(b)

perkhidmatan berhubung dengan aktiviti pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan.

(2)

Standard yang disebut dalam subseksyen (1) termasuklah standard perkhidmatan pengguna untuk dilaksanakan oleh pemegang lesen dan tatacara bagi—

(a)

memenuhi kehendak pengguna secara munasabah;

(b)

menangani aduan dan pertikaian pengguna;

(c)

tatacara bagi pampasan pengguna dalam hal pelanggaran standard prestasi, standard perkhidmatan pengguna atau bagi pelanggaran apa-apa obligasinya di bawah

Akta yang menjejaskan pengguna; dan

(d)

perlindungan maklumat pengguna.

(3)

Pemegang lesen yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah menyiarkan standard perkhidmatan pelanggan mereka sendiri mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini.

(4)

Apa-apa tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa kegagalan oleh mana-mana pemegang lesen untuk memenuhi standard yang disiarkan, tidak boleh menjejaskan atau menyentuh apa-apa remedi lain yang mungkin ada berkenaan dengan tindakan atau peninggalan oleh pemegang lesen yang menyebabkan kegagalan itu di bawah mana-mana undang-undang lain, termasuk Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599].

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1515

(5)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda—

(a)

dalam hal pemegang lesen peruncitan, tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit dan didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, dan pampasan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung bagi suatu amaun yang hendaklah ditentukan oleh mahkamah di bawah seksyen 30d; dan

(b)

dalam hal pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan, tidak melebihi satu juta ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, dan pampasan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung bagi suatu amaun yang hendaklah ditentukan oleh mahkamah di bawah seksyen 30d.

Akaun berasingan bagi aktiviti di bawah lesen 13c.  (1)  Berkenaan dengan aktivitinya yang dilesenkan, seseorang pemegang lesen hendaklah menyenggara akaun tahunan yang sewajarnya yang berasingan daripada perniagaan lain pemegang lesen itu dan Suruhanjaya boleh meminta pemegang lesen itu untuk mengemukakan apa-apa laporan itu kepada Suruhanjaya dari semasa ke semasa.

(2)

Akaun berasingan itu hendaklah mengandungi butir-butir yang mencukupi berkenaan dengan apa-apa hasil, kos, aset, liabiliti, rizab, peruntukan atau apa-apa perkara lain yang telah sama ada—

(a)

dicajkan dari atau ke mana-mana perniagaan lain;

atau

(b)

ditentukan oleh penguntukan atau pembahagian yang boleh dikaitkan dan dikenal pasti dengan aktiviti atau aktiviti-aktiviti yang dilesenkan, atau apa-apa maklumat lain yang difikirkan perlu oleh

Suruhanjaya.

Bekalan Gas (Pindaan)

(3)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Kehendak bagi pelesenan 13d.  (1)  Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, jika pada bila-bila masa ternyata pada Suruhanjaya bahawa seseorang pemegang lesen tidak mematuhi apa-apa kehendak atau memenuhi apa-apa kewajipan atau obligasinya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana perundangan subsidiarinya atau terma atau syarat lesen, Suruhanjaya boleh mengeluarkan arahan yang menghendaki pemegang lesen itu untuk membetulkan ketidakpatuhan itu atau untuk mematuhi kehendak, kewajipan atau obligasi atau terma atau syarat lesen dalam tempoh tertentu yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2)

Pemegang lesen hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mematuhi dan mengemukakan laporan pematuhan berkala tentang langkah yang diambil sehingga memuaskan hati Suruhanjaya.

(3)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan.”.

Penggantian seksyen 14