dengan memasukkan selepas takrif “pendaftar” takrif yang berikut:
‘ “pengagihan” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh pemegang lesen pengagihan untuk mengendali dan menyenggara talian paip pengagihan bagi menghantar gas melalui talian paip pengagihan;’;
(aa) dengan memasukkan selepas takrif “pengagihan” takrif yang berikut:
‘ “pengangkutan” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh pemegang lesen pengangkutan bagi penghantaran gas melalui talian paip penghantaran di bawah suatu perkiraan dengan pemegang lesen pengiriman;’;
(ab) dengan memasukkan selepas takrif “pengangkutan” takrif yang berikut:
‘ “penggasan semula” ertinya aktiviti mengendali dan menyenggara terminal penggasan semula untuk menggaskan semula gas asli cecair kepada gas asli yang dijalankan oleh pemegang lesen penggasan semula di terminal penggasan semula dan termasuklah menerima, menyimpan dan selepas penggasan semula, menghantar gas itu melalui talian paip terminal penggasan semula;’;
(ac) dengan menggantikan takrif “pengguna” dengan takrif yang berikut:
‘ “pengguna” ertinya mana-mana pengguna langsung atau tidak langsung gas, kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh seseorang pemegang lesen dalam penjalanan perniagaan, dan termasuklah pemegang lesen lain yang menggunakan gas, kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan itu sebagai input kepada perniagaannya sendiri termasuklah sebagai pemegang lesen pengiriman, peruncitan atau gas persendirian, seseorang pengguna yang premisnya menerima gas melalui talian paip penghantaran atau pengagihan atau seseorang pengguna pemegang lesen peruncitan;’;
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1515
(ad) dengan memasukkan selepas takrif “pengguna” takrif yang berikut:
‘ “penggunaan gas” ertinya aktiviti menggunakan gas sebagai pemegang lesen gas persendirian;’;
(ae) dengan memasukkan selepas takrif “penggunaan gas”
takrif yang berikut:
‘ “pengimportan ke terminal penggasan semula”
ertinya aktiviti membawa atau menyebabkan supaya dibawa gas asli cecair ke dalam atau di dalam Malaysia dengan apa-apa cara selain melalui pindah kapal;’;
(af) dengan memasukkan selepas takrif “pengimportan ke terminal penggasan semula” takrif yang berikut:
‘ “pengiriman” ertinya aktiviti pemegang lesen pengiriman yang membuat suatu perkiraan dengan pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan untuk memproses dan menghantar gas melalui terminal penggasan semula, talian paip penghantaran atau talian paip pengagihan ke premis pengguna;’;
(ag) dengan menggantikan takrif “pepasangan” dengan takrif yang berikut:
‘ “pepasangan” ertinya semua bahagian kemudahan fizikal yang terlibat dalam penggasan semula, pengangkutan, pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas termasuk kelengkapan, perkakas, pam, pengewap, pemampat, apa-apa perlengkapan yang dipasang pada talian paip atau sistem perpaipan dan apa-apa pemasangan lain;’;
(ah) dengan memasukkan selepas takrif “pepasangan” takrif yang berikut:
‘ “perkakas gas” ertinya perkakas yang direka bentuk bagi penggunaan atau untuk digunakan oleh pengguna gas bagi pemanasan, pembakaran, kuasa penggerak atau maksud lain yang baginya gas boleh digunakan dan termasuklah pengatur perkakas gas;
Bekalan Gas (Pindaan)
13
(ai) dengan memasukkan selepas takrif “perkakas gas” takrif yang berikut:
‘ “peruncitan” ertinya aktiviti penjualan atau penggunaan gas melalui sistem perpaipan pemegang lesen peruncitan ke premis pengguna yang mana gas sama ada—