Malaysia legislation

Section 16

of AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016

Seksyen 16

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 14 dengan seksyen yang berikut:

“Tugas pemegang lesen peruncitan untuk membekalkan gas kepada pengguna apabila diminta atau tugas pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan untuk membenarkan penggunaan kemudahan mereka oleh pihak ketiga

Quoted provision

Seksyen 14

(a)

pemegang lesen peruncitan hendaklah apabila diminta oleh pengguna membekalkan gas ke premis pengguna itu; dan

(b)

pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan hendaklah apabila diminta oleh seseorang pemegang lesen pengiriman membenarkan penggunaan kemudahannya.

(2)

Jika mana-mana orang menghendaki pembekalan gas di bawah perenggan (1)(a), dia hendaklah memberi pemegang lesen peruncitan suatu notis yang menyatakan–

(a)

premis yang berkenaan dengannya bekalan itu dikehendaki;

(b)

hari yang bekalan itu mula dikehendaki;

(c)

kuantiti yang boleh dikehendaki pada bila-bila masa;

(d)

tempoh minimum bekalan itu dikehendaki supaya diberikan; dan

(e)

tekanan yang dikehendaki bagi bekalan itu.

(3)

Jika seseorang pemegang lesen pengiriman memerlukan penggunaan—

(a)

kemudahan pemegang lesen penggasan semula, dia hendaklah memberikan suatu notis kepada pemegang lesen penggasan semula yang menyatakan tarikh permulaan penggunaan, tempoh penggunaan kemudahan dan kapasiti yang dikehendaki;

(b)

kemudahan pemegang lesen pengangkutan, dia hendaklah memberikan suatu notis kepada pemegang lesen pengangkutan yang menyatakan tarikh permulaan penggunaan, tempoh penggunaan kemudahan, kapasiti dan tempat masuk dan keluar bagi pengangkutan gas; atau

Bekalan Gas (Pindaan)

(c)

kemudahan pemegang lesen pengagihan, dia hendaklah memberikan suatu notis kepada pemegang lesen pengagihan yang menyatakan tarikh permulaan penggunaan, tempoh penggunaan kemudahan, kapasiti dan tempat masuk dan keluar bagi pengagihan gas.

(4)

Jika seseorang pemegang lesen menerima daripada mana-mana orang suatu notis di bawah subseksyen (2)

atau (3) yang menghendakinya memberikan bekalan gas ke mana-mana premis atau membenarkan penggunaan kemudahannya dan—

(a)

dia belum pernah sebelum ini memberikan bekalan gas ke premis itu atau membenarkan penggunaan kemudahannya;

(b)

kecuali bagi pemegang lesen penggasan semula, pemberian bekalan gas itu atau kebenaran menggunakan kemudahan itu menghendaki pengadaan talian paip atau sistem perpaipan; atau

(c)

hal keadaan lain wujud yang menjadikannya perlu atau suai manfaat untuk dia berbuat demikian, pemegang lesen itu hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas menerima notis itu, memberi orang itu suatu notis di bawah subseksyen (5).

(5)

Suatu notis di bawah subseksyen ini hendaklah—

(a)

menyatakan takat cadangan yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (2) atau (3) boleh diterima oleh pemegang lesen dan menyatakan apa-apa cadangan balas yang dibuat oleh pemegang lesen;

(b)

menyatakan sama ada harga yang hendak dikenakan oleh pemegang lesen ditentukan melalui suatu tarif di bawah seksyen 13 dan menyatakan tarif itu;

(c)

menyatakan apa-apa bayaran yang dikehendaki supaya dibuat oleh orang itu di bawah subseksyen 16(1); dan

(d)

menyatakan apa-apa cagaran yang dikehendaki supaya diberikan oleh orang itu di bawah seksyen 17.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta A1515

(6)

Dalam seksyen ini dan dalam seksyen 15 hingga 17

Bahagian ini—

(a)

apa-apa sebutan mengenai memberikan pembekalan gas atau membenarkan penggunaan kemudahan termasuklah sebutan mengenai terus memberikan pembekalan sedemikian atau membenarkan penggunaan sedemikian; dan

(b)

apa-apa sebutan mengenai menghendaki pembekalan gas atau membenarkan penggunaan kemudahan termasuklah sebutan mengenai terus menghendaki pembekalan sedemikian atau membenarkan penggunaan sedemikian.

(7)

Tanpa menjejaskan subseksyen (2) atau (3), pihak yang menghendaki pembekalan gas atau kebenaran penggunaan kemudahan hendaklah memberitahu pemegang lesen yang berkaitan tentang apa-apa maklumat lain yang boleh semunasabahnya diperlukan oleh pemegang lesen itu.”.

Pindaan seksyen 15

Section 16 — GAS SUPPLY (AMENDMENT) ACT 2016 | mylaw.my