Malaysia legislation

Section 18

of AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016

Seksyen 18

Seksyen 16 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika apa-apa talian paip atau sistem perpaipan disediakan oleh pemegang lesen bagi maksud membekalkan gas atau membenarkan penggunaan

Undang-Undang Malaysia 32

Akta A1515

kemudahannya di bawah subseksyen 14(1), pemegang lesen boleh, dengan kelulusan Suruhanjaya, menghendaki apa-apa perbelanjaan yang semunasabahnya ditanggung oleh pemegang lesen itu dibiayai oleh orang yang menghendaki pembekalan gas atau penggunaan kemudahan itu setakat yang munasabah dengan mengambil kira hal keadaan itu.”;

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “yang dikenakan olehnya bagi bekalan itu” dengan perkataan

“tertakluk kepada seksyen 13, jika berkenaan, yang dilevikan olehnya bagi pembekalan gas atau penggunaan kemudahan itu”; dan

(c)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Perbelanjaan yang ditanggung dalam mengadakan apa-apa talian paip atau sistem perpaipan di dalam premis pengguna hendaklah ditanggung oleh pengguna itu.”.

Pindaan seksyen 17