Malaysia legislation

Section 19

of AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016

Seksyen 19

Seksyen 17 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Pemegang lesen pengiriman atau peruncitan boleh menghendaki mana-mana orang yang menghendaki pembekalan gas supaya memberikannya cagaran yang munasabah bagi segala wang yang mungkin menjadi kena dibayar kepadanya—

(a)

berkenaan dengan pengiriman atau peruncitan gas itu; dan

(b)

berkenaan dengan apa-apa kerja yang perlu dilakukan bagi peruncitan gas itu, dan jika orang itu gagal untuk memberikan cagaran sedemikian, pemegang lesen pengiriman boleh enggan untuk mengirim atau dalam hal pemegang lesen peruncitan, untuk membekalkan gas atau mengadakan sistem perpaipan sehinggalah cagaran itu diberikan.”;

Bekalan Gas (Pindaan)

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan boleh menghendaki mana-mana orang yang berniat untuk menggunakan kemudahannya di bawah perenggan 14(1)(b) untuk memberikannya cagaran yang munasabah bagi segala wang yang mungkin menjadi kena dibayar kepadanya berkenaan dengan penggunaan kemudahan itu, dan jika orang itu gagal untuk memberikan cagaran sedemikian, pemegang lesen itu boleh enggan untuk membenarkan penggunaan kemudahan itu sehinggalah cagaran itu diberikan.”;

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “bekalan itu”

dengan perkataan “pengiriman atau peruncitan gas itu”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “bekalan” dengan perkataan “pengiriman atau peruncitan gas itu”;

dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Jika orang itu gagal untuk memberikan cagaran dalam subseksyen (1a) atau cagaran yang diberikan oleh orang itu menjadi tidak mencukupi, pemegang lesen boleh melalui notis menghendaki orang itu, dalam masa tujuh hari selepas penyampaian notis itu, memberikan kepadanya cagaran yang munasabah bagi pembayaran semua wang yang kena dibayar kepadanya berkenaan dengan penggunaan kemudahannya dan jika orang itu gagal untuk memberikan cagaran sedemikian, pemegang lesen itu boleh menggantung penggunaan kemudahannya sehinggalah cagaran itu diberikan.”.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta A1515

Pemotongan seksyen 18