Malaysia legislation

Section 23

of AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016

Seksyen 23

Seksyen 21 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “bekalan”

dengan perkataan “penghantaran atau pembekalan”;

(b)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“bekalan” dengan perkataan “penghantaran atau pembekalan”;

(c)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“bekalan” dengan perkataan “penghantaran atau pembekalan gas”; dan

(ii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“bekalan” dengan perkataan “penghantaran atau pembekalan”;

Bekalan Gas (Pindaan)

(d)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

“bekalan” dengan perkataan “penghantaran atau pembekalan”;

(e)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“bekalan gas” dengan perkataan “penghantaran atau pembekalan gas dalam cara dan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini:”;

(f)

dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:

“(5a)  Walau apa pun subseksyen (5) sekiranya pemegang lesen tidak meneruskan dengan tuntutan untuk kerugian hasil dan perbelanjaan tersebut di mahkamah, pemegang lesen hanya boleh membuat tuntutan terhadap pengguna untuk kerugian hasil dan perbelanjaan tersebut untuk suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan ke belakang dari tarikh kesalahan itu disedari di bawah subseksyen (1).”; dan

(g)

dalam subseksyen (6)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Suatu” dengan perkataan “Tertakluk kepada subseksyen (5), suatu”;

(ii)

dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang lesen” perkataan

“termasuklah cara pengiraan kerugian hasil dan butiran perbelanjaan”; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perkataan “di bawah subseksyen (5)” perkataan “dan kenyataan bertulis tersebut hendaklah dimaklumkan kepada pengguna dalam masa empat belas hari bekerja atau apa-apa tempoh yang dilanjutkan dengan kelulusan bertulis Suruhanjaya selepas pemotongan itu”.

Undang-Undang Malaysia 38

Akta A1515

Pindaan seksyen 23