Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Pindaan seksyen 24
(a)
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“tanah” perkataan “bukan milik kerajaan”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Bilamana perlu berbuat demikian bagi maksud memasang apa-apa—
(a)
talian paip untuk penggasan semula atau pengangkutan gas; atau
(b)
talian paip untuk pengagihan gas atau sistem perpaipan, seseorang pemegang lesen boleh meletakkan, menempatkan atau membawa di, di dalam atau di atas mana-mana tanah, selain tanah Kerajaan, apa-apa talian paip atau sistem perpaipan yang perlu atau patut bagi maksud lesen itu, dan boleh mengambil apa-apa tindakan lain yang perlu untuk menjadikan talian paip atau sistem perpaipan tersebut selamat dan efisien, membayar pampasan penuh mengikut seksyen 28 kepada semua orang yang berkepentingan untuk sebarang kekacauan, kerosakan atau ketidakupayaan yang mungkin disebabkan olehnya dan pampasan tersebut bolehlah termasuk bayaran tahunan untuk tanah yang digunakan bagi maksud talian paip atau sistem perpaipan tersebut.”; dan
Bekalan Gas (Pindaan)
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Bagi maksud perenggan (1)(a), pemegang lesen penggasan semula atau pengangkutan hendaklah mematuhi keperluan pihak berkuasa yang berkaitan yang mempunyai bidang kuasa ke atas keselamatan terminal penggasan semula atau talian paip penghantaran yang berkaitan.
(1b)
Bagi maksud perenggan (1)(b), pemegang lesen pengagihan, peruncitan atau gas persendirian hendaklah mematuhi keperluan yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya berkenaan keselamatan talian paip pengagihan atau sistem perpaipan.”.
Penggantian seksyen 25