Malaysia legislation

Section 26

of AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016

Seksyen 26

Seksyen 25 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1);

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) yang dinomborkan semula dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Bilamana ia perlu untuk tujuan menyenggara, membaiki atau menaik taraf mana-mana—

(a)

talian paip untuk penggasan semula atau pengangkutan gas; atau

(b)

talian paip untuk pengagihan gas atau sistem perpaipan, pemegang lesen, atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk tujuan itu, boleh pada bila-bila masa yang munasabah memasuki mana-mana tanah dan boleh menjalankan apa-apa pembaikian yang perlu, dan boleh, dalam masa menjalankan

Undang-Undang Malaysia 40

Akta A1515

pembaikian itu, membuang tumbuhan dan membuat segala perkara lain yang perlu untuk tujuan tersebut, dengan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan yang mungkin dan membayar pampasan penuh mengikut seksyen 28 kepada semua orang yang berkepentingan untuk sebarang kerosakan yang mungkin disebabkan olehnya untuk mana pampasan baginya belum lagi dinilai di bawah seksyen 24.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Bagi maksud perenggan (1)(a), pemegang lesen penggasan semula atau pengangkutan hendaklah mematuhi keperluan pihak berkuasa yang berkaitan yang mempunyai bidang kuasa ke atas keselamatan terminal penggasan semula atau talian paip penghantaran.

(3)

Bagi maksud perenggan (1)(b), pemegang lesen pengagihan, peruncitan atau gas persendirian hendaklah mematuhi keperluan yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya berkenaan keselamatan talian paip pengagihan atau sistem perpaipan.”.

Pindaan seksyen 26