Malaysia legislation

Section 27

of AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016

Seksyen 27

Seksyen 26 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika apa-apa—

(a)

talian paip untuk penggasan semula atau pengangkutan gas telah dipasang di atas tanah di bawah perenggan 24(1)(a); atau

(b)

talian paip untuk pengagihan gas atau sistem perpaipan telah dipasang di atas tanah di bawah perenggan 24(1)(b),

Bekalan Gas (Pindaan)

41

dan jika mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen 24(3) berkeinginan untuk menggunakan tanah tersebut dalam cara yang menyebabkan ia perlu atau mudah sekiranya talian paip atau sistem perpaipan yang disebut dalam perenggan 24(1)(a) dan (b)

dipindahkan ke bahagian lain tanah tersebut, atau ke tanah yang lebih tinggi atau yang lebih rendah, atau diubah bentuk, dia boleh menghendaki pemegang lesen untuk mengalih atau mengubah talian paip atau sistem perpaipan tersebut sewajarnya.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Bagi maksud perenggan (1)(a), pemegang lesen penggasan semula atau pengangkutan hendaklah mematuhi keperluan pihak berkuasa yang berkaitan yang mempunyai bidang kuasa ke atas keselamatan terminal penggasan semula atau talian paip penghantaran.

(1b)

Bagi maksud perenggan (1)(b), pemegang lesen pengagihan, peruncitan atau gas persendirian hendaklah mematuhi keperluan yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya berkenaan keselamatan talian paip pengagihan atau sistem perpaipan.”.

Pindaan seksyen 27